Friday, January 8, 2010

Que Sera Sera

Pagi-pagi lagi on laptop, check facebook, check blog. Dah jadi benda wajib pulak sekarang ni. Saya sangat tak suka morning sebab pagi-pagi bila nak bangun subuh mesti terfikir bukan-bukan. Another day without any changes. Tapi nak buat macamana, usaha pon sudah so redha saja. Seronok bila tengok facebook dan baca blog kawan-kawan, semuanya dah moving on dengan life masing-masing. Ada yang further study, ada yang dah bertukar-tukar kerja, ramai jugak yang kawen last year dan next year mesti ramai jugak yang jadi mommy and daddy. Tahun ni mesti lagi ramai yang nak settle down. Alhamdulillah. Meh la pakat tunggu musim cuti sekolah aka musim nasi minyak ek. 

Semalam ada makan-makan kat rumah sedara. Of course la bila dah ramai-ramai berkumpul dan yours truly pula dengan anggun berbaju kurung pink, maka makcik-makcik sibuk la mengadakan sesi interview yang tak official itu. Sudah ku jangka dan sudah ku bersedia (ceh!). Soalannye adalah seperti berikut dan oleh kerana soalan diberikan adalah soalan killer maka dibold dengan kaler merah. :p


1. Belajar kat mana? (oleh kerana sudah habis belajar, maka beralih ke soalan ke 2)
2. Keje mana? (sengih saja maka beralih ke soalan ke 3)
3. Bila nk kawen? (ayat soalan adalah bergantung kepada jenis-jenis majlis tetapi maksudnye sama je)


Dulu agak stress kalau dapat soalan-soalan macam ni tapi sekarang dah lali. Senyum je. Agaknye nanti bila dah kawen, orang tanye bila nak dapat baby pulak. Bila dah dapat baby, orang tanye bila nk tambah lagi (kadang-kadang tak habis pantang pon lagi tapi macam over la kan). Pathetic sungguh tapi itulah kehidupan.   :)



p/s: Ala emak kawenkan aku.....kehkeh
p/ss: To nad, your RM 60 cooler is making super annoying sound. weird!

5 comments:

nAdiEy said...

haha, ado la 2 prob 2, ari 2 xbunyi pon....pah ni aku g masuk duit, g la shopping, hahaha

tiey said...

err...bakpo aku keno shopping weh? nk bg nafkah ko? hahahaha..

nAdiEy said...

haha, sie ko mu, tp atm 2 xleh nk transfer duit, failed sokmo, nati aku try smula....

yatie chomeyl said...

biaso la tu tiey, stended soale. hehe

tiey said...

kak yatie: tu la psl..hari2 dok tnye sampai lali...hehe